Harga diesel tanpa subsidi akan dijual pada kadar RM3.35 seliter bermula 12 tengah malam ini di semua stesen minyak runcit di seluruh Semenanjung Malaysia.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, menegaskan bahawa harga bahan bakar itu akan diumumkan setiap Rabu seperti amalan biasa sebelum ini.
Amir Hamzah turut mengesahkan bahawa seramai 30,000 penerima subsidi bersasar pada kumpulan awal ini akan menerima bantuan bulanan subsidi bernilai RM200 menerusi program BUDI MADANI.
Program Budi Madani juga akan bermula serentak pada tengah malam ini.
Kerajaan yakin bahawa perlaksanaan subsidi bersasar ini akan membantu mengurangkan kerugian mencecah RM4 billion setahun kerana aktiviti ketirisan yang berlaku.
Kerajaan akan menggunakan penjimatan RM4 billion ini untuk membantu rakyat selepas ini. Ini sekaligus membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat, peningkatan kualiti infrastruktur awam, penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Dipetik daripada BH Online, Amir Hamzah berkata: “Penjimatan yang diperoleh kerajaan daripada langkah penting ini akan memastikan terdapat lebih banyak sumber untuk disalurkan ke dalam sektor kritikal lain.
“Ini secara langsung akan meningkatkan kualiti hidup rakyat, termasuk infrastruktur awam, penjagaan kesihatan dan pendidikan untuk anak-anak kita.
Selain itu, Amir Hamzah turut mengesahkan bahawa harga diesel di Malaysia pada masa ini antara yang terendah di dunia kerana subsidi besar yang diberikan kerajaan. Harga diesel di Malaysia turut dijual pada empat harga berbeza mengikut subsidi.
Harga yang paling rendah adalah bagi golongan nelayan iaitu RM1.65 seliter, pengangkutan awam darat (RM1.88 seliter), kenderaan komersial dan persendirian (RM2.15 seliter).
[𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔]
𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗕𝗦𝗜𝗗𝗜 𝗗𝗜𝗘𝗦𝗘𝗟
𝗗𝗜 𝗦𝗧𝗘𝗦𝗘𝗡-𝗦𝗧𝗘𝗦𝗘𝗡 𝗠𝗜𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔#KPDN#RahmahItuBerkat#SKDS2.0#diesel#subsidi pic.twitter.com/WydiWU8EKB— KPDN (@KPDN_HQ) June 9, 2024
Seterusnya, harga pasaran diesel tanpa subsidi untuk sektor komersial pernah mencecah RM3.60 pada awal tahun ini. Kemudian berlaku peningkatan mendadak pada penjualan diesel bersubsidi iaitu sebanyak 10.8 bilion liter pada 2023 berbanding 6.1 bilion liter pada 2019. Walaupun peningkatan kenderaan menggunakan diesel tidak ketara dalam tempoh itu.
Oleh itu kerajaan merumuskan bahawa ada ketirisan yang berlaku di mana diesel bersubsidi telah dimanfaatkan oleh golongan tertentu dan tidak dinikmati oleh golongan sasaran.
Subsidi diesel sudah meningkat 4 kali ganda daripada RM1.4 bilion pada 2019 kepada RM14.3 bilion pada 2023. Ini yang menyebabkan kerajaan rugi berbilion ringgit.
Amir Hamah menganggap tindakan kerajaan dalam pengenalan mekanisme baharu harga diesel adalah hasil daripada kajian yang teliti.
𝗞𝗣𝗗𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗞𝗢𝗠𝗜𝗧𝗘𝗗 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗬𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗜𝗦𝗜𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗕𝗦𝗜𝗗𝗜 𝗗𝗜𝗘𝗦𝗘𝗟 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗜 𝗜𝗦𝗨 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗘𝗪𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗕𝗦𝗜𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡#KPDN#skds#diesel#subsidi pic.twitter.com/MNUuIL1Hmv
— KPDN (@KPDN_HQ) June 8, 2024
Untuk penyasaran subsidi Diesel ianya adalah di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), yang akan melibatkan Sistem Kawalan Diesel (SKDS) khusus untuk sektor pengangkutan dan logistik.
SKDS 1.0 adalah melibatkan pengangkutan awam. Misalnya bas sekolah, bas henti-henti, bas ekspress, ambulans, bomba dan van jenazah. Sementara itu SKDS 2.0 untuk pengangkutan logistik, terutama bagi barangan keperluan harian.
𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗘𝗦𝗘𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗨𝗕𝗦𝗜𝗗𝗜 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗘𝗦𝗘𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗨𝗕𝗦𝗜𝗗𝗜 (𝗦𝗞𝗗𝗦) 𝟮.𝟬#KPDN#RahmahItuBerkat#KosSaraHidup#SKDS2.0#diesel#subsidi pic.twitter.com/ETj8cE0KwF
— KPDN (@KPDN_HQ) June 9, 2024
Amir menambah: “Saya ingin tegaskan, bantuan ini tidak ada tarikh tutup. Justeru, saya menyeru kepada mereka yang sememangnya berkelayakan, sama ada bagi BUDI Individu atau BUDI Agri-Komoditi untuk memohon bantuan ini.”