Netizen mahu Israel dan Amerika Syarikat serta UK melihat sendiri kesan daripada kerosakan yang mereka lakukan di Gaza.
Israel dan Hamas mencapai kesepatan untuk gencatan senjata pada Ahad ini. Bermakna penduduk Palestin boleh kembali semula ke rumah mereka.
Namun rata rata rumah mereka sudah musnah dan menjadi timbunan konkrit dan dipenuhi dengan banyak bahan letupan yang tidak aktif.
Israel mula melancarkan serangan ke atas Gaza pada Oktober 2023 yang lalu. Mereka malah tidak mengendahkan kecaman global ke atas tindakan mereka.
RTE mengeluarkan imej satelit keadaan di Gaza selepas diserang tanpa henti oleh Israel.
Satellite imagery highlights how 15 months of fighting left Gazan cities in ruins | Follow live updates: https://t.co/tEyahV7kGZ pic.twitter.com/uO9S7RV60N
— RTร News (@rtenews) January 16, 2025
Kemudian netizen di X benar benar simpati dengan keadaan di Gaza dan mengecam serangan tersebut.
Linda Mamoun menulis di perkongsian X: “Apabila gencatan senjata ini berkuatkuasa pada Ahad, berjuta rakyat Gaza akan cuba pulang ke rumah mereka.
“Dan mereka akan menemui: 50.8 tan metrik timbunan runtuhan, dengan bahan letupan yang tidak meletup, sisa toksik dan asbestos. Kekejaman dalam skala dystopian.”
Once the ceasefire goes into effect on Sunday, millions in Gaza will try to return to their homes. This is what theyโll find: 50.8 million metric tons of rubble littered with unexploded ordnance, toxic waste and asbestos. Evil on a dystopian scale. pic.twitter.com/9FsoGOncUq
— Linda Mamoun (@mamoun_linda) January 18, 2025
Seorang lagi, Howard Beckett mengingatkan Israel, UK dan Amerika Syarikat, bahawa selepas ini mereka perlu menjelaskan di The Hague (mahkamah antarabangsa) tentang kerosakan di Gaza akibat perbuatan mereka.
“Biden, Stamer, berkomplot dengan Netanyahu, kesemua mereka harus menjawab di The Hague. Bebaskan Palestin hari ini.”
This is what Israel ๐ฎ๐ฑ, the US ๐บ๐ธ and the UK ๐ฌ๐ง have done to Gaza ๐ต๐ธ
Biden ๐บ๐ธ and Starmer ๐ฌ๐ง partnered with Netanyahu ๐ฎ๐ฑ
All should answer in The Hague.
Free Palestine ๐ต๐ธ today.pic.twitter.com/7CjP0IlCF5
— Howard Beckett (@BeckettUnite) January 18, 2025
Kemudian ada juga yang tumpang berduka mengenangkan selepas ini rakyat di Gaza akan kembali semula ke kawasan kediaman mereka namun ramai yang sudah kehilangan ahli keluarga mereka.
Netizen yang lain pula menganggap Israel dan sekutunya sebagai penjenayah perang yang harus dihadapkan ke muka pengadilan.