Pada hari ini ramai menggunakan platform ‘Live’ TikTok sebagai salah satu cara untuk membuat jualanĀ onlineĀ atau berkongsi hobi yang dibuat bersama-sama penonton.

Bagaimanapun pemilik akaun TikTok ‘Adam Kilat’ yang baru berusia 14 tahun menjadi bualan netizen apabila dia ada membuat provokasi dan mengeluarkan kata-kata tidak sopan kepada pihak polis untuk menangkap dirinya di Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) menerusi Live TikTok.

Baca Juga:

Semasa aksi kejar-mengejar berlaku, pelajar tingkatan dua itu berusaha melarikan diri semasa dikejar polis. Manakala rakan yang membonceng di belakangnya terus berkongsikan rakaman live sambil ditonton oleh ribuan pengguna TikTok.

Sejurus dicekup, anggota polis yang mengejar mereka ambil alih sesiĀ liveĀ mereka sambil menyoal siasat kedua-dua mat rempit berkenaan.

Adam Kilat mengaku dia ada membuat provokasi dan mencabar pihak polis secara terbuka semasa berada di lebuh raya BKE. Dia ada meminta Skuad 42 turun untuk menangkapnya.

Ketika disoal siasat, rakan kepada Adam Kilat secara tiba-tiba pula menyatakan dia mahu terkencing.

Netizen melontarkan pelbagai komen terhadap perkara yang berlaku itu. Orang ramai berasa simpati kerana pada umur masih muda seperti itu mensia-siakan masa dengan melakukan aktiviti kurang tidak berfaedah.

Dalam pada itu, netizen turut terhibur apabila anggota polis ‘menyambung semula’ sesiĀ liveĀ tersebut untuk membiarkan penonton tahu apa yang terjadi selepas itu.