Lemang menjadi satu makanan ‘wajib’ apabila tiba waktu perayaan. Hanya mereka yang berkepakaran sahaja yang boleh masak lemang dengan betul dan sedap. Jika ada lemangĀ instantĀ lebih memudahkan orang ramai.

Kebetulan Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha, satu akaun TikTok @campingformania dari Korea memuat naik video produk ‘lemang segera’ telah FYP pada pengguna TikTok Malaysia.

Baca Juga:

Berbeza lemang di Malaysia, lemang segera itu bersaiz lebih kecil untuk mudah dibawa ke mana-mana, panjang standard 24cm dan berdiameter 3cm.

Dalam satu pek ada dua batang ‘Bamboo Steamed Rice’, nama komersial yang digunakan di sana.

@campingformania

šŸ”„ģøźø°ķ­ė°œšŸ”„ģ‹ ė°•ķ•œ 캠핑메뉓 ėŒ€ė‚˜ė¬“ķ†µė°„šŸŽā €ā € 윤기 쓤넵✨ ģ«€ė“ģ«€ė“āœØā €ā € šŸ„„ģ½”ģ½”ė„›ė°€ķ¬ + ģ°¹ģŒ€ + ģ†Œźøˆ + ėŒ€ė‚˜ė¬“ 씰합⠀⠀ ģž„ģž‘ė¶ˆ 3~5ė¶„ or ģ „ģžė ˆģøģ§€ 3ė¶„30쓈 ⠀⠀ āœ”ļøź³µźµ¬ģ—°ģž„ 6ģ›”16ģ¼(ģ¼) ģžģ •ģ¢…ė£Œė©ė‹ˆė‹¤.ā € ⠀⠀ @@ ė§‰ģ°Øķƒ€ėŸ¬ ź°™ģ“ ź°€ė³“ģž 愱愱愱 šŸ˜Ž@@⠀⠀ ⠀⠀ šŸŽģŗ ėÆø 공구 ķŠ¹ė³„ķ˜œķƒšŸŽā €ā € ėŒ€ė‚˜ė¬“ķ†µė°„ źµ¬ė§¤ģ‹œ ė”øźø°ģ²­ģ„ ė“œė ¤ģš”!⠀⠀ (ķ•œģ •ėœģˆ˜ėŸ‰ģœ¼ė”œ ģ”°źø° ķ’ˆģ ˆė  수 ģžˆģŒ)⠀⠀ ⠀⠀ āœ³ļøģ½”ģ½”ė„›ė°€ķ¬ + ģ°¹ģŒ€ + ģ†Œźøˆ + ėŒ€ė‚˜ė¬“ 씰합⠀⠀ āœ³ļøģž„ģž‘ė¶ˆ 3~5ė¶„ / ģ „ģžė ˆģøģ§€ 3ė¶„30쓈 ⠀⠀ āœ³ļøė² ķŠøė‚Ø ź³ ģ‚°ģ§€ 50ė…„ģ‚° 죽통 ģ‚¬ģš©ā €ā € āœ³ļøė‹¤ ėØ¹ģ€ 후 ģž„ģž‘ģœ¼ė”œ ģ‚¬ģš©ā €ā € āœ³ļøģ«€ė“ķ•˜ź³  ģ€ģ€ķ•œ ė‹Øė§›ģœ¼ė”œ ģžź¾ø ģ†ģ“ź°€ėŠ” 매렄⠀⠀ āœ³ļøģøģ²“ģ˜ 화와 ģ—“ģ„ ģ‹ķžˆėŠ” 역할과⠀⠀ źø°ė „ģ„ ė³“ź°•ķ•˜ėŠ”ė° ė„ģ›€ģ“ 됨⠀⠀ ⠀⠀ ⠀⠀ šŸ”øź·øė¦“&ķ™”ė”œ ⠀⠀ 1. ķ™”ė”œė‚˜ 그릓에 3~5ė¶„ ė„£ģ–“ģ£¼ģ„øģš”ā €ā € 2. ėŒ€ė‚˜ė¬“ķ†µė°„ģ„ ģ„øģ›Œė†“ź³  ģƒė‹Øė¶€ ģ¤‘ģ•™ģ„ ź°€ė³ź²Œ 칼딜 ė°˜ģ„ 가넸뒤 ė“œģ‹œė©“ ė!⠀⠀ ⠀⠀ šŸ”øģ „ģžė ˆģøģ§€ā €ā € 1. ģ „ģžė ˆģøģ§€ 3ė¶„ 30쓈 ėŒė ¤ģ£¼ģ„øģš”ā €ā € 2. ėŒ€ė‚˜ė¬“ķ†µė°„ģ„ ģ„øģ›Œė†“ź³  ģƒė‹Øė¶€ ģ¤‘ģ•™ģ„ ź°€ė³ź²Œ 칼딜 ė°˜ģ„ 가넸뒤 ė“œģ‹œė©“ ė!⠀⠀ ⠀⠀ 〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓⠀⠀ ⠀⠀ šŸ·ģ‚¼ģ—“ģ“ė„¤ ėŒ€ė‚˜ė¬“ķ†µė°„ ⠀⠀ ⠀⠀ šŸ“ź³µźµ¬źø°ź°„: 6ģ›”10ģ¼(ģ›”) ~ 6ģ›”16ģ¼(야)ź¹Œģ§€ā €ā € šŸ“ėƒ‰ė™ė³“ź“€ ź°€ėŠ„ā €ā € šŸ“ģ˜µģ…˜ (1ź°œė‹¹ 170g) ⠀⠀ [맛볓기] ėŒ€ė‚˜ė¬“ķ†µė°„ 2ģ„øķŠø (*4ź°œģž…)⠀⠀ 딸기청 100g 1개 ģ¦ģ •ā €ā € ⠀⠀ [ģŗ ķ•‘ėŸ¬ė²„] ėŒ€ė‚˜ė¬“ķ†µė°„ 4ģ„øķŠø (*8ź°œģž…)⠀⠀ 딸기청 100g 1개 ģ¦ģ •ā €ā € ⠀⠀ [ģŗ ķ•‘ė§¤ė‹ˆģ•„] ėŒ€ė‚˜ė¬“ķ†µė°„ 10ģ„øķŠø (*20ź°œģž…)⠀⠀ 딸기청 100g 2개 ģ¦ģ •ā €ā € ⠀⠀ [ėŒ€ģš©ėŸ‰] ėŒ€ė‚˜ė¬“ķ†µė°„ 15ģ„øķŠø (*30ź°œģž…)⠀⠀ 딸기청 100g 2개 ģ¦ģ • ⠀⠀ ⠀⠀ šŸ“źµ¬ė§¤ 방법: ģŗ ķ•‘ģ—ėÆøģ¹˜ė‹¤ ķ”„ė”œķ•„ ģƒė‹Ø 링크⠀⠀ ⠀⠀ 〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓〓⠀⠀ ⠀⠀ ⠀⠀ #ģŗ ķ•‘ģš©ķ’ˆ #ģŗ ķ•‘ #ģŗ ķ•‘ģ—ėÆøģ¹˜ė‹¤ #ģŗ ķ•‘ģš”ė¦¬ #캠핑메뉓 ⠀⠀ ā €

♬ ćƒćƒŸćƒ³ć‚° – å¹¾ē”°ć‚Šć‚‰

Menurut akaun TikTok itu, lemang segera tersebut diperbuat daripada santan, pulut, garam.

Sementara batang buluh pula didakwa menggunakan buluh istimewa berusia lebih 50 tahun dari tanah tinggi Vietnam.

Tiada daun pisang atau daun lerek digunakan seperti di Malaysia untuk elak isi lemang melekat pada batang buluh.

Orang Korea Jual 'Lemang Instant', Siap Batang Buluh Dalam Pek

Menerusi satu laman web jualan di Korea, didapati dua pek lemang instant itu dijual pada harga 19,800 won (RM67.32), namun dengan diskaun 25% harganya cumalah 14,800 won (RM50.32) sahaja.

Lemang itu turut dijual sehingga 15 pek dengan harga kombo 92,500 won (RM314.48).

Jika di sini makan bersama rendang, kari atau serunding, di Korea mereka makan bersama kuah pedas, daging gril panggang atau ayam panggang.

Orang Korea Jual 'Lemang Instant', Siap Batang Buluh Dalam Pek
Sumber Gambar: TikTok @campingformania

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan netizen Malaysia, ramai berasa kagum melihat kreativiti orang Korea berinovasi membuat lemang segera berserta batang buluh.

Jika di Malaysia, lemang instant itu tiada batang buluh, hanya dijual isinya sahaja seperti yang banyak dijual di sini.

Orang Korea Jual 'Lemang Instant', Siap Batang Buluh Dalam Pek
Sumber Gambar: TikTok @campingformania

Pada masa sama, netizen agak terkejut apabila melihat cara penyediaan lemang segera itu. Di dalam video lemang tersebut dicampak sahaja ke dalam api yang sedang membara.

Sedangkan di Malaysia, penjagaan api sangat teliti dan rapi untuk memastikan isi di dalam batang buluh masak dengan baik, serta tidak rentung terbakar.

Difahamkan lemang itu cuma mengambil masa 3 minit hingga 5 minit untuk dibakar. Atau 3 minit 30 saat sekiranya mengunakan microwave.