Satu kejadian memalukan berlaku ketika aksi Copa Peru apabila salah seorang pemain Atletico Awajun didapati telah kencing di tepi padang ketika menentang Cantorcillo FC semalam.
Ketika kejadian tersebut, pemain Awajun, Sebastian Munoz menunggu untuk mengambil sepakan sudut memandangkan penjaga gol Cantorcillo, Lucho Ruiz sedang mendapatkan rawatan dalam kawasan kotak penalti.
Baca Juga:
Namun selepas menyedari rawatan itu berjalan dalam masa yang agak lama, Munoz mengambil peluang untuk membuang air kecil seketika di tepi padang.
Awajun mendapat sepakan sudut pada minit ke-71 ketika kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
Salah seorang pemain Cantorcillo menyedari insiden itu dan terus memanggil pengadil yang kemudiannya melayangkan kad merah kepada Munoz.
๐๐ฅ ๐๐ฎฬ๐ญ๐๐จ๐ฅ ๐ฌ๐ฎ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ข๐๐๐ง๐จ ๐ง๐ฎ๐ง๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐ซ๐ฬ ๐๐ ๐ฌ๐จ๐ซ๐ฉ๐ซ๐๐ง๐๐๐ซ
๐ต๐ช Cantorcillo vs Atlรฉtico Awajun de Copa Perรบ
๐ฝ Sebastiรกn Muรฑoz (Atlรฉtico Awajun) es expulsado ยกยกpor ponerse a orinar en el saque de esquina en pleno partido!! pic.twitter.com/Blve6VFIGS
— Miguel รngel Garcรญa (@Miguelin_24_) August 18, 2024
Insiden itu telah menjadi bualan dan bahan ketawa dalam kalangan peminat bola sepak dunia di media sosial yang menyifatkan ia adalah sesuatu yang pelik dan memalukan.
Ini bukanlah kali pertama pemain membuang air kecil ketika perlawanan berlangsung. Pada 2017, penjaga gol Salford, Max Crocombe dilayangkan kad merah kerana kencing ketika menentang Bradford.
Setahun sebelum ini, penyerang Mansfield, Adi Yussuf didenda dan digantung lima perlawanan kerana membuang air kecil di belakang tempat duduk penyokong ketika berdepan Plymouth.
Jens Lehmann juga pernah berdepan situasi sama pada 2009.
