Amorim orang yang tepat jadi pengurus Manchester United, menurut pemain senegaranya, Bernardo Silva.
Oleh sebab itu kehadiran Amorim di Man United menurut Silva bukan petanda yang baik buat kelab lain. Dan dia tidak mengucapkan yang terbaik buat pengurus itu, katanya beberapa bulan lalu.
Bernardo Silva on Ruben Amorim at Manchester United: “I don’t wish him very well…” pic.twitter.com/wa5ntZrlJD
— City Report (@cityreport_) November 4, 2024
Bernardo Silva yang bermain untuk Manchester City mengenepikan soal perseteruan sebandar dua kelab itu.
Dan dia ada sebab menyatakan Amorim orang yang tepat mengemudi kelab elit Manchester United.
Amorim orang yang tepat
Walaupun Amorim agak bergelut sejak mengendalikan Manchester United, menggantikan Erik Ten Hag, ia bukan ukuran bahawa dia pengurus yang tidak bagus.

Prestasi dan reputasinya di Portugal bersama Sporting Lisbon benar benar mengagumkan..
Bernardo Silva menegaskan bahawa Amorim bergelut ketika ini kerana dia masih tidak memiliki pemain dia sendiri.

Amorim hannya mendapatkan Dorgu pada jendela perpindahan lalu.
Silva percaya apabila pengurus itu mulai terlibat dalam membeli pemain pada jendela perpindahan akan datang, dia akan menunjukkan taring sebenarnya.
Silva puji pemain sasaran Man United
Misalnya, baru baru ini Man United dikaitkan dengan pemain remaja 17 tahun, Geovany Quenda. Yang Silva percaya pemain itu akan menjadi bintang Portugal tidak lama lagi.

Man United dikatakan sedia membayar £50 juta untuk membeli pemain tersebut dari Sporting.
Silva berkata: “Dia pemain berbakat, sangat lasak secara fiziikalnya. Sangat fokus dan seorang yang kental. Itu asas penting untuk pemain muda.
“Dia mungkin akan merampas kedudukan saya suatu hari nanti dalam skuad Portugal. Pada usia saya 17 tahun dulu, saya gagal bermain untuk skuad muda Benfica sekalipun.”
Amorim optimis
Ruben Amorim kekal optimis bahawa dia memang orang yang terbaik untuk menggalas tugasan di United. Senada dengan Bernardo Silva yang menganggap Amorim orang yang tepat untuk membangkitkan Man United.