Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) khususnya dari Indonesia kini semakin berani apabila secara terbuka mempromosikan kegiatan jenayah mereka melalui aplikasi TikTok.

Bahkan, mereka sedia memuat baik sejumlah video sebagai testimoni untuk menarik minat pelanggan baharu menerusi TikTok. Di samping itu, mereka dakwa menawarkan servis penghantaran mengikut laluan tikus ini pada setiap hari di salah satu komentar di video tersebut.

Baca Juga:

@laotcamar13

WA:+60103996218 #tkimalaysia🇲🇾🇮🇩 #maduramalaysia🇮🇩🇱🇷 #lampungmalaysia #medanmalaysia🇮🇩🇺🇸 #lombokmalasiya🇲🇾 #acehmalaya🇹🇷🇲🇾❤️ #tkwtkiindonesia

♬ suara asli – 𝙍𝙆 メ 𝙋𝙧𝙚𝙨𝙚𝙩 – L0raa Template 🧚🏻‍♀️

Tidak hanya memberikan perkhidmatan menyeludup masuk dan keluar PATI, sindiket tersebut turut menawarkan beberapa pakej tambahan termasuk penginapan di rumah teres selain kemudahan makanan.

Berdasarkan beberapa video yang dimuat naik di TikTok, sindiket ini sedia memberikan perkhidmatan termasuk penggunaan bot berkelajuan tinggi untuk merentasi perairan negara dengan mudah.

@dumaiexpressgroup

#banting #dumai #tanjungbalaiasahan #kualaselangor #hallohallohallo #jomready #janganadadustadiantarakita

♬ bunyi asal – 𝙇𝙞𝙣𝙚 𝘿𝙪𝙢𝙖𝙞 𝙏,𝙗𝙖𝙡? – 🅻🅸🅽🅴 🅳🆄🅼🅰🅸 🆃_🅱🅰🅻3

Ini termasuklah dari perjalanan Selangor -Dumai, Selangor – Tanjung Balai, Johor – Batam dan bergantung kepada permintaan. Harga pula bergantung kepada jarak dan boleh berunding bersama sindiket PATI yang menyediakan servis ini.

Berdasarkan komentar di video-video, memang ramai pengguna TikTok dari Indonesia sanggup menggunakan servis ini untuk merentasi sempadan secara haram meskipun merbahaya.

@laot_darat34

#fyp #salamanakrantau

♬ suara asli – laot_darat – laot_darat

Diharapkan agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan keras terhadap sindiket PATI yang mana dilihat sudah mencabar kedaulatan negara kita. Anda yang mempunyai maklumat berkaitan, bolehlah salurkan kepada kepada pihak berkuasa untuk membendung ia daripada berleluasa.