Pada awal pagi hampir setiap laluan utama sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu menuju ke tempat kerja.

Baru-baru ini seorangĀ riderĀ penghantar makanan dirakam menendang cermin sisi kiri sebuah Porsche Ā 911 Carera 4S sehingga tercabut dan terpelanting mengenai Toyota Estima di hadapan mereka.

Dalam video berdurasi satu minit itu kelihatan kereta Porsche terbabit cuba menukar lorong ke kiri perlahan-lahan sambil membuka lampuĀ signal. Pemandu tidak terus masuk ke lorong tengah, sebaliknya berhenti seketika memberi laluan kepada beberapa buah motosikal di belakangnya.

Secara tiba-tiba datang seorangĀ riderĀ penghantar makanan terus menendang cermin sisi kereta terbabit sehingga tercabut dan terus meninggalkan tempat kejadian.

TindakanĀ riderĀ itu mengundang pertikaian warganet, ada yang menyalahkan pemandu Porsche itu kerana tidak sabar mahu menukar lorong. Nyata mereka, memberi lampuĀ signalĀ bukan ‘lesen’ untuk menukar lorong tanpa memberi laluan kepada penunggang motosikal yang datang dari belakang terlebih dahulu.

Namun lebih ramai mengutuk perbuatanĀ riderĀ berkenaan kerana bertindak agresif merosakkan kenderaan pengguna jalan raya lain yang boleh menyebabkan pemandu sukar untuk meneruskan perjalanan.

Sudah Beri 'Signal' Pun Kena Tendang, Netizen Pertikai Tindakan Rider Patahkan Cermin Sisi Porsche
Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Sudah Beri 'Signal' Pun Kena Tendang, Netizen Pertikai Tindakan Rider Patahkan Cermin Sisi Porsche
Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Sudah Beri 'Signal' Pun Kena Tendang, Netizen Pertikai Tindakan Rider Patahkan Cermin Sisi Porsche
Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Sudah Beri 'Signal' Pun Kena Tendang, Netizen Pertikai Tindakan Rider Patahkan Cermin Sisi Porsche
Sumber Gambar: Facebook Yazeed Hair Johari

Tambah netizen lagi, mereka meminta agar pemandu Porsche itu membuat laporan polis terhadapĀ riderĀ terbabit kerana berlaku khianat merosakkan kereta miliknya.

Mereka turut berharap pihak berkuasa dapat memberikan hukuman yang setimpal kepadaĀ riderĀ agar dapat menjadi pengajaran buat dirinya serta penunggang motosikal yang lain.

Gara-gara insidenĀ riderĀ sepakĀ side mirrorĀ pada pagi tadi, habis semua namaĀ riderĀ tidak bersalah turut terpalit jua.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melaluiĀ FacebookĀ danĀ InstagramĀ untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu seorang pemandu Myvi terkejut apabila keretanya kena clamp walaupun letak kereta di petak kosong dalam sebuah pusat beli-belah. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Apa Salah Saya?’ – Lelaki Keliru Kereta Myvi Kena Clamp Walau Parkir Di Petak Kosong

Gara-Gara Beri ‘Signal’ Sebelum Masuk Simpang, Wanita Ini Dimarahi Remaja Yang Melanggarnya

Tersilap Tekan Pedal Minyak, Myvi ‘Melekat’ Sebelah Mercedes Di Lorong Drive-thru McDonalds