Kekalahan dalam semua perlawanan di peringkat kumpulan Piala Asia 2023 menyaksikan ranking jaguh Asia Tenggara, Vietnam bakal jatuh mendadak sehingga terkeluar daripada kelompok 100 terbaik dunia.
Mengikut pengiraan tidak rasmi menerusi laman sesawang Footy Rankings, Vietnam akan jatuh ke kedudukan ke-105 dunia berbanding pada kedudukan 94 dunia pada kemaskini terakhir Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 21 Disember lalu.
Baca Juga:
- Piala Asia 2023: Gol Asnawi Bantu Indonesia Hampakan Vietnam

- Piala Asia 2023: Hajime Moriyasu Anggap Vietnam Lawan Yang Kuat Buat Jepun

Kekalahan 3-2 kepada Iraq semalam telah menyebabkan mata ranking mereka ditolak sebanyak -11.32 sekaligus jatuh 4 lagi anak tangga dan kini berada dibawah Thailand (102 dunia).
[FIFA Rankings update : #AsianCup2023]
🇮🇶 Iraq 3-2 🇻🇳 VietnamPoints after match
🇮🇶 1409.44 (+ 11.32)
🇻🇳 1194.58 (- 11.32)Rankings after match
🇮🇶 58 (🔼 3)
🇻🇳 105 (🔽 4)#FIFARankings— Footy Rankings (@FootyRankings) January 24, 2024
Sebelum ini mereka juga tewas 2-4 kepada Jepun dan 0-1 kepada Indonesia dan ia menyebabkan jumlah kehilangan mata ranking adalah sebanyak 29.68.
Itu bermakna secara keseluruhan, Vietnam kini memiliki mata sebanyak 1194.58 dan bukan lagi pasukan nombor satu Asia Tenggara selepas dipotong oleh Thailand.
[FIFA Rankings update : #AsianCup2023]
🇻🇳 Vietnam 0-1 🇮🇩 IndonesiaPoints after match
🇻🇳 1205.90 (- 23.18)
🇮🇩 1076.78 (+ 23.18)Rankings after match
🇻🇳 99 (🔽 4)
🇮🇩 142 (🔼 5) #FIFARankings #TimnasDay— Footy Rankings (@FootyRankings) January 19, 2024
[FIFA Rankings update : #AsianCup2023]
🇯🇵 Japan 4-2 🇻🇳 VietnamPoints after match
🇯🇵 1627.46 (+ 6.50)
🇻🇳 1229.08 (- 6.50)Rankings after match
🇯🇵 17
🇻🇳 95 (🔽 1)#FIFARankings— Footy Rankings (@FootyRankings) January 14, 2024
Thailand yang telah layak ke pusingan 16 Piala Asia 2023 pula kini semakin menghampiri kelompok ranking FIFA 100 dunia apabila mendapat tambahan mata +3.89 selepas seri 0-0 menentang Oman sekaligus melonjak 3 anak tangga ke 102.
Ketika perlawanan pertama peringkat kumpulan, Thailand menewaskan Kyrgyzstan 2-0 dan ia memberikan pulangan mata ranking yang cukup banyak.
Hasil kemenangan tersebut, Thailand mengutip mata sebanyak +18.99 dan terus melonjak 8 anak tangga ke 105 dunia.
[FIFA Rankings update : #AsianCup2023]
🇹🇠Thailand 2-0 🇰🇬 KyrgyzstanPoints after match
🇹🇠1194.97 (+ 18.99)
🇰🇬 1201.39 (- 18.99)Rankings after match
🇹🇠105 (🔼 8)
🇰🇬 101 (🔽 3)#FIFARankings— Footy Rankings (@FootyRankings) January 17, 2024
Malah, mereka berpotensi melonjak lebih tinggi jika menang atau seri ke atas Arab Saudi pada aksi terakhir peringkat kumpulan pada 25 Januari ini.
Di Peringkat pusingan 16, Thailand dijangka bertemu Uzbekistan atau naib juara kumpulan E sama ada Jordan atau Korea Selatan.